
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran komunikal dan kaunseling.Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya,terutamanya kerpada mereka yang memerlukan pertolongan.PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

► Guru Bimbingan dan Kaunseling belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin
bertambah
► Bertambah salahlaku dikalangan pelajar . Pelajar memerlukan bimbingan dan perhatian . PRS sebagai
khidmat sokongan .
► Belum lagi menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan sebaya secara sistematik untuk membimbing
rakan-rakan kearah perlakuan positif
►membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan,
dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.
dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.

'BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN'
►PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan
keimanan

►Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

►Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan
cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

►Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dikalangan pelajar.
►Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada
Tuhan.
►Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, taat, menolong
dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
►Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu
mengurangkan masaah salahlaku dikalangan pelajar.
►Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan
peribadi.
►Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.
►Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain
►Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakkan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

PRS perlu patuh kepada etika berikut:
►Amanah dan menyimpan rahsia.
►Menerima dan menghormati orang lain.
►Tahu batasan dan keupayaan diri.
►sentiasa meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
►Melapor kepada kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
►Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling.
►Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) sesi 2011.
► Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat,masa, dan rakan.
►Berpegang teguh kepada kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
►Berusaha menjadi pelajar contoh.
►Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
►Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
►Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.

►Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
►Sebagai khidmat sokongan,PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseilng di sekolah.
►Sebagai salah satu sumber kepada rakan lain untuk mendapatkan bantuan.
►Sebagai penghubung kepada khidmat Bimbingan dan Kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
►Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi interversi jika perlu.
►Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
►Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka,yakin dan percaya diri,berasa selesa serta berimpati.
►Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
►Mendengar,menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
►Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.
►Mematuhi etika kerahsiaan.
►Menyedari bahawa semua masalah bukan boleh diatasi.
►Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi biasa/normal.
►Memimpin rakan melihat dengan objektif dan menggalakkan mencari penyelasaian sendiri supaya ia belajar dari pengalamannya.
►Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
►Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

Biar berusaha mencapai bahagia,
Jati Diri dibina,
Membantu rakan sebaya,
Pembimbing Rakan Sebaya,
Membantu rakan sebaya,
Pembimbing Rakan Sebaya,
Kami bukan yang terbaik,
Di kalangan terpilih,
Kami sebagai modal insani,
Faham erti sejati,
Kami sebagai modal insani,
Faham erti sejati,
Kami PRS seluruh negara.
Pembimbing Rakan Sebaya,
Membina visi nan suci.
PRS faham sejati,
Etika kami amalkan,
Rahsia tetap digenggam,
Prinsip piagam jadi panduan,
Maruah dipertahankan,